<< April 2018 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat Mursyidul Am PAS / YAB Menteri Besar Negeri Kelantan Darul Naim

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed

Saturday, September 23, 2017
Tokoh Ulama Dua beradik

Pendahuluan

 

Tokoh ulama Negeri Sembilan khasnya di daerah Jelebu yang ingin diperkenalkan ini adalah dua adik beradik iaitu Lebai Muhamadiah Bin Muhamad Zain juga dikenali Tuan Muhamadiah Kiai dan adiknya Dato' Haji Tan Ahmad bin Muhamad Zain. Mereka berdua memang bertuah kerana dilahirkan dalam rumah tangga orang-orang alim. Datuknya Haji Muhamad Sholleh Bin Haji Chek Mahmud adalah penghafaz Al Quran yang alim dan pernah tinggal di Mekah Al Mukarramah selama 20 tahun. Asuhan awal dari keluarganya ini telah berjaya membentuk jiwanya dengan keperibadian luhur dan mulia ke atas anak cucunya.

 

Latar Belakang

 

Kedua tokoh ulama ini dilahirkan di Kampung Kuala Jerang, Durian Tipus, Jelebu. Bapa mereka  Muhamad Zain bin Haji Chek Muhamad Sholleh bin Haji Chek Mahmud bin Haji Chek Ibrahim bin Chek Musa. Chek Musa pula adalah China Islam berasal dari Kuantung, China. Ibu mereka bernama Haliah binti Muhamad Sholleh yang keturunannya dari Pagar Ruyung, Sumatera.

 

Dikatakan bapa mereka Muhamad Zain telah dibawa berpindah oleh orang tuanya Haji Chek Muhamad Sholleh dari Temerloh, Pahang melalui jalan hutan. Mereka bukanlah penduduk asal negeri yang mengamalkan adat perpatih itu walaupun ibu mereka keturunan Minangkabau. Melalui percakapan ketika ditemubual, keluarga orang alim ini lebih mirip berloghat Pahang.

 

Kebanyakan mereka adalah tokoh agama kampung yang dipercayai. Lebai Muhammadiah anak yang keempat bergelar "Pak Teh" oleh anak-anak saudaranya.  Manakala Haji Tan Ahmad adalah anak bongsu kepada enam adik beradik Kg Jerang terletak lebih kurang 3 Km dari Durian Tipus.

 

Durian Tipus sebelum ini adalah sebuah pekan yang agak sibuk dan didominasikan oleh Kaum China kerana terdapat kawasan penempatan Kampung Baru China di sini sewaktu dharurat dahulu. Menurut rekod sejarah yang ditulis dan maklumat penduduk setempat, anasir subersif PKM turut menjadikan penempatan ini sebagai tempat persembunyian(9). Tetapi selepas terjadi kebakaran besar akhir tahun 1970an, pekan ini telah dikosongkan dan sebuah pekan baru diwujudkan di Simpang Durian kira-kira 2 KM dari tapak asal.

 

Lebai Muhamadiah Bin Muhamad Zain (1905-1968)

 

Allahyarham ini dilahirkan dalam tahun 1905. Masa kecilnya, bapanya amat mengambil perhatian tentang pendidikan agama anak-anak mereka. Setelah bersekolah Melayu di kampungnya, beliau dihantar bapanya mengaji di Panchor, Temerloh di bawah didikan Tuan Guru Haji Ahmad Hurairah (1). Lepas itu, beliau mengaji pula dengan Allahyarham Sheikh Haji Muhamad Said Al Linggi(2) di Seremban selama 5 tahun. Adiknya Dato’ Tan Haji Ahmad bekas kadhi Durian Tipus pernah mendapat asuhan awal darinya.

 

 Ini satu catitan yang sungguh berharga. Tarikh pergi nya ke rahmatullah Tuan Hj Ahmad Hurairah, seorang Ulamak terkenal dari Kampong Lipat Kajang. Catitan ini di buat oleh seorang ahli keluarga dan di simpan sekarang oleh Sdr Jabar (Taharin) (?). Tarikh nya 23/07/1959?

 

Semoga roh beliau sentiasa dirahmati Allah SWT.

 

Keramah


Allahyarham pernah difitnah dan dituduh menyibarkan semangat anti Jepun di kalangan rakyat. Akibatnya beliau telah ditahan dalam sel Balai Polis Durian Tipus. Dalam masa tahanan itu, Lebai Muhamadiah menghabiskan masanya berzikir kepada Allah SWT. Wiridnya dikatakan telah mendatangkan kegerunan kepada polis Jepun yang mengawal sel tersebut dan akhirnya beliau dibebaskan. Bekas ketua kominis Melayu bernama Ibrahim Baba pernah berkata, banyak tempat dia boleh masuk tetapi beliau terhalang untuk memasuki Kampung Mertaus seolah-olah dipagar oleh lebai ini.

Allahyarham adalah pengamal tarekat Ahmadiah kerana pernah menuntut dengan Sheikh Muhamad Said Al Linggi.

Lebai Muhamadiah juga mempunyai kelebihan yang diberikan Allah iaitu beliau boleh membaca permasalahah orang yang datang berkunjung ke rumahnya. Allahyarham mengajar agama di banyak tempat dan pernah pula dilantik menjadi Ahli Majlis Syariah Negeri Sembilan di bawah Mufti Dato Hassan Sail. 

Image may contain: 1 person, sitting and indoor

Haji Jamal Abdul Rashid dan isterinya hajah Zainiah Muhamad Diah.

Menurut menantunya Haji Jamal Abdul Rashid(3), iaitu pengalaman menarik bersama bapa mertuanya.  Sewaktu beliau pulang bercuti sebagai tentera, Haji jamal melihat mertuanya bersiap memakai baju melayunya untuk keluar ke pekan. Dia menghulurkan duit sebanyak RM30.00 kepada bapa mertuanya. Tidak lama selepas itu beliau turut ke pekan untuk membeli barang dapur. Dari jauh dia melihat bapa mertuanya berdiri di tepi jalan di pekan itu. Kemudian dia mengamit seseorang dan memberikan duit RM30.00 itu kepada lelaki tersebut.

Setelah bapa mertuanya meninggal dunia, lelaki yang menerima wang itu menemui Haji Jamal dan mengatakan bahawa bapa mertuanya itu ‘kasyaf’. Lelaki itu yang dikenali Pak Bakar adalah berasal dari Terengganu dan menetap di Kampung Juntai tidak berjauhan dari Pekan Durian Tipus. Ketika kejadian itu musim hujan dan beliau tidak dapat keluar menoreh serta tidak mempunyai duit untuk membeli barang dapur. Isterinya menyuruh beliau pergi berjumpa Lebai Muhamad Diah yang mungkin boleh membantu mereka sekeluarga sebanyak RM30.00. Sewaktu Pak Bakar sampai ke pekan, dia melihat Almarhum Lebai Muhamadiah mengamitnya dan menghulurkan duit tersebut.

Suatu peristiwa yang lain Mat Nasir ( Mohd Nasir) anak ketiga kepada Lebai Muhamad Diah mengalami peristiwa yang dikatakan ‘boleh mencarik adat’. Bapanya menyuruh beliau keluar ke pekan dan duduk menunggu seseorang di kedai kopi milik Abdul Aziz Yunus ( sepupu Haji Jamal Abdul Rashid). Beberapa ketika, dia melihat seorang berkulit sedikit hitam membawa sebuah beg bulat.  Pada pandangan mata Mat Nasir, orang itu dikelilingi cahaya. Beliau duduk meminta secawan teh, sebuku kuih pau dan sebatang rokok. Towkey kedai Abdul Aziz Yunus berkata perlu dibeli bukan diminta begitu sahaja. Mat Nasir cepat menyampuk untuk membayarkan apa yang diminta oleh tetamu yang dilihatnya terlalu asing itu.

Dia duduk berdekatan dan melihat orang seperti keturunan Arab itu menghabiskan air minuman dan kuih paunya. Mat Nasir berfikir kalau ada sedikit titisan sisa air minuman dan kuih itu akan dimakannya. Malangnya tiada berbaki. Orang asing itu menghisap rokok sekadarnya sahaja dan meletakkan rokoknya. Mat Nasir terus mengambil rokok tersebut dan menghisapnya. Tetamu itu hanya tersenyum dan pergi tanpa sepatah kata. Apabila balik ke rumah, bapanya bertanya apa yang Mat Nasir minta dengan orang itu. Dia menjawab hanya sempat menghisap rokok yang ditinggalkan.  

“Itulah Nabi Khaidir” tegas bapanya.

Mat Nasir terkejut mendengar penjelasan bapanya. Sewaktu beliau ke anak sungai berdekatan rumahnya untuk berwuduk, kedua tangannya dikerumuni ikan-ikan seolah-olah berlumba-lumba untuk menyentuh jari jemari Mat Nasir.

Image may contain: 1 person, sitting

Photo: inilah Haji Mat Nasir yang telah uzur.

Penyusun lakarkan kisah ini berdasarkan makluman dari anak-anak dan menantunya ketika berkunjung ke rumah mereka. Mat Nasir ketika ditemui telah uzur dan mengikuti catatan tarikh lahirnya di kad pengenalan lahir pada 5hb julai 1928. Kurang pendengaran dan sukar mengingati kisah lama. Cuma dia berkata bapanya tidak lama menjadi imam masjid sebab dia tidak mahu menyusahkan makmum. Bila angkat takbir banyak kali dan mengulang-ulang bacaan. Namun menantunya, Haji Jamal pula berkata mertuanya sangat teliti dalam mengucapkan tasbih dalam solat dan menghayati bacaannya.

Allahyarham meninggal dunia dalam tahun 1968 dalam usia 63 tahun. Salah seorang cucu beliau bernama Dato’ Dr Abdul Majid bin Mohd Nasir adalah seorang doktor pakar.

Berkunjung Mendekati keluarga Almarhum

Alhamdulillah penyusun dapat menghubungi Dato’ Dr Abdul Majid bin Mohd Nasir untuk mendapatkan maklumat keluarga mereka(3). Beliau memberitau Almarhum datuknya meninggal dunia ketika beliau dalam Tingkatan Satu. Bapanya Mohd Nasir Muhamad Diah dan emak saudaranya Zainiah Muhammad Diah masih ada untuk membantu penyusun mendapatkan maklumat lebih tepat.

Zainiah Muhammad Diah bersuamikan Haji Jamal Abdul Rashid. Mereka memperolehi  8 orang anak. Tiga anak lelakinya semua berkelulusan tinggi agama dari Al azhar, Mesir. Haji Jamal sendiri adalah antara tokoh awal dalam merancang penubuhan sekolah agama As Sofa di negeri ini.

Berikut sedikit biodata cucu Lebai Muhamad Diah iaitu Dato Dr Abdul Majid.

Dato' Dr Abdul Majid bin Md Nasir was born on 20 August 1956. He is married to Datin Sharifah Aluiyah bte Pandak in 1983 and was blessed with seven children. He started his medical study in University of Malaya with a loan and obtained his MBBS in 1983. He furthered his study and obtained his MS (ORL- HNS) (UKM) in 1992 followed by fellowship training in Neuro-otology and skull base surgery in St. Vincent’s Hospital, Sydney, Autralia in 1996 under the supervision of Prof Paul Fagan. He had serves as a clinical specialitst in Hospital Kota Bahru, Kelantan and as a ORL specialist and Head, Hospital Kuala Terengganu and state visiting ORL surgeon, Terengganu. He is currently the Head and Senior Consultant in Hospital Kuala Lumpur and the Head of ORL Activity of Ministry of Health.

His contribution to the development and training of Malaysian ORL surgeons are numerous. He has been the advisor in national symposium such as Otology, Neuro-otology & skull base surgery ... as it is now (2011), the advisor for the National Registry of hearing Impaired and cochlear implant and Head and Neck Tumours and Reconstruction - basic to advance (2009) to name a few. He is the chairman for development of CPG on Otitis Media with Effusion (2011) and chairman for drafting committee for operational policy: Cochlear Implant service in KKM (2009). He has been the external examiner for Master of surgery (ORL-HNS) final conjoint examination of USM, UKM and UM, the Chairman for the ORL-HNS subspecialty training, Ministry of Health. Dato Dr Abdul Majid is also the reviewer for the Medical Journal of Malaysia (2008).

He was awarded with the title Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) by the Sultan of Pahang in 2011.

Dato' Haji Tan Ahmad Bin Muhamad Zain

Latar Belakang

Allahyarham Dato' Haji Tan Ahmad bin Muhamad Zain dilahirkan di Kampung Kuala Jerang, Durian Tipus, Jelebu dalam bulan November 1921 Nama penuhnya ialah Dato' Haji Tan Ahmad bin Muhamad Zain bin Haji Chek Muhamad Sholleh bin Haji Chek Mahmud bin Haji Chek Ibrahim bin Chek Musa. Haji Tan Ahmad adalah anak bongsu kepada enam adik beradik iaitu 3 lelaki dan 3 perempuan.

 

Pendidikan

 

Haji Tan Ahmad mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Durian Tipus sehingga Darjah 5. Dalam tempoh tersebut, beliau turut belajar agama di bawah asuhan abangnya Allahyarham Lebai Muhammadiah. Pelajaran agama yang diajarkan ialah seperti Tauhid, Feqah dan Nahu saraf Bahasa Arab. Selepas itu, dalam usia yang begitu muda iaitu dalam tahun 1929 beliau telah didorong oleh abangnya supaya belajar agama secara memondok di Pondok Gajah Mati, Kedah selama 5 tahun. Tuan Guru pondoknya bernama Wan Ibrahim (5) atau dikenali juga dengan nama Pak Cu Him. Allahyarham Haji Tan Ahmad diberi pentarbiahan secara langsung dalam ilmu agama serta mendalami beberapa bidang lain seperti Tafsir dan hadith.

 

Lepas itu, beliau meneruskan pengajian di Pondok Sungai Semambu Tanah Liat, Bukit Mertajam selama 5 tahun pula di bawah asuhan Tuan Guru Sheikh Abdul Majid Masri Awang(6). Di sini, beliau sempat belajar ilmu Mantik, Bayan, Ma'ani, Usul Feqah dan lain-lain lagi. Kemudian beliau dibenarkan oleh gurunya untuk mengajar di pondok ini.

 

Kelantan

 

Allahyarham Haji Tan Ahmad terdorong pula untuk ke Kelantan untuk menimba ilmu dari Serambi Mekah itu. Selain Kedah, Kelantan adalah pusat pengajian pondok yang tersohor di rantau ini. Di sana pondok-pondok pengajian Islam tubuh dengan subur dan beribu penuntut dari berbagai negeri hingga dari Indo China datang untuk menimba ilmu. Bumi yang subur itu banyak melahirkan para ulama yang besar. Beliau berguru dengan Tuan Guru Haji Saad Kangkung (7) dan sempat belajar beberapa kitab utama dari Tuan Guru yang terkenal ini. Pada 12 Mei 1941, Haji Tan Ahmad mendapat kebenaran bertulis dari Majlis Agama Islam Negeri kelantan untuk mengajar agama. Dalam pada itu, beliau masih meluangkan masanya untuk mengaji di Pondok Tuan Guru Haji Chek Ali bin Chek Hussien. Di sini beliau belajar ilmu Faraid dan lain-lain lagi. Kemudian diberi kebenaran mengajar di pondok tersebut.

 

Berkahwin

 

Allahyarham Haji Tan Ahmad menamatkan zaman bujangnya apabila bertemu jodoh dengan Rahmah binti Nung Hussien pada 24 Julai 1943. Beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata di mana enam darinya adalah lelaki. Seorang anaknya bernama Haji Zulkarnain Haji Ahmad adalah sahabat penyusun yang pernah bertugas sebagai Pengurus di Bank Pertanian Malaysia. Beliau telah bersara dan menetap di Taman Jasa, Batu Caves, Selangor.

 

Balik Kampung

 

Selepas perang tamat dalam Tahun 1946, Allahyarham Haji Tan Ahmad telah balik ke kampung halamannya. Kepulangan beliau memeriahkan lagi suasana pengajian agama di sana kerana beliau dan abangnya menjadi tempat rujukan penduduk setempat. Abangnya sendiri telah dilantik sebagai Ahli Majlis Syariah Negeri Sembilan. Haji Tan Ahmad mendapat tauliah mengajar agama dan membuka pondok di Masjid Kuala Jerang. Malangnya pondok tersebut terhenti apabila negara diisytiharkan dharurat dalam tahun 1948. Kawasan Durian Tipus adalah dianggap kawasan hitam kerana kewujudan perkampungan China di sana yang memudahkan golongan subersif seperti kominis untuk bermaharajalela. Haji Tan Ahmad pernah dilantik menjadi ketua kampung masa dharurat dan penduduk kampung pernah dikerah memasang pagar kawat duri bagi mengawal pergerakan kominis.

 

Dilantik Sebagai Qadhi

 

Pada 1 April 1956, Kerajaan Negeri Sembilan ketika itu telah melantik Haji Tan Ahmad sebagai Qadhi bagi Wilayah Durian Tipus. Peringkat awalnya, rumah beliau telah dijadikan pejabat urusan keagamaan. Beliau telah memegang jawatan tersebut selama 20 tahun 7 bulan dan 29 hari. Bersara pada 30 November 1976. Haji Tan Ahmad kemudiannya dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Syariah Majlis Agama Islam Negeri berkuatkuasa pada 1 Junuari 1982 hingga akhir hayatnya.

 

Dalam tempoh hayatnya, Allahyarham Dato' Haji Tan Ahmad sangat aktif mengajar agama di Masjid dan surau-surau sekitar Durian Tipus. Antaranya seperti Masjid Kuala Jerang, Simpang Durian, Felda Pasoh 1, Sungai Buloh dan Masjid Kampung Lakai. Kebiasaannya beliau mengajar ilmu Tasawuf, Tafsir dan Feqah.

 

Meninggal Dunia

 

Setelah menginfakkan sebahagian besar usia hidupnya kepada agama dan menjadi tempat rujukan yang disegani, Dato' Haji Tan Ahmad bin Muhamad Zin pergi menyahut panggilan Illahi pada 24 Oktober 1995 bersamaan lebih kurang tahun 1416 hijrah, jam 12.37 tengahari di Hospital Besar Seremban. Kebetulan pula saat itu ialah berlakunya gerhana matahari. Beliau dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Jerang. Bagi mengenang jasa beliau dalam bidang agama dan penglibatan dalam masyarakat maka Kerajaan Negeri Sembilan telah menganugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) pada 19 Julai 1974 dan gelaran Dato' pada 19 Julai 1991. Semoga Allah SWT melimpahi rahmat ke atas ruhnya. Amin.

 

 (Translation)


Haji Tan Ahmad bin Muhamad Zain was born in Kampung Kuala Jerang, Durian Tipus, Jelebu in November 1921. His full name was Dato´ Haji Tan Ahmad bin Muhamad Zain bin Haji Chek Muhamad Sholleh bin Haji Chek Mahmud bin Haji Chek Ibrahim bin Chek Musa. He was a Chinese Muslim, originating from Kuantung, China. His mother, Haliah binti Muhamad Sholleh originated from Pagar Ruyung, Sumatera.

.

The majority of religious scholars from the village are of the view that Haji Tan Ahmad was the youngest of six, consisting of three boys and three girls.Haji Tan Ahmad acquired his early education at ´Sekolah Rendah Durian Tipus´ right up to Standard 5. During that period of time, he studied Islam under the guidance of Lebai Muhammadiah(his brother). Subjects taught were Tawheed, Fiqh and Arabic Language and grammar. His brother was a senior student of Sheikh Muhamad Said Jamalludin Al-Linggi.

.

In the year 1929, he was encouraged by his brother to study Islam at ´Pondok Gajah Mati, Kedah for five years. The principle at the ´pondok´ (a religious school often with accommodation in the village) was Wan Ibrahim, who was also known as Pak Cu Him. Haji Tan Ahmad was educated in Islamic knowledge nas was well versed in ´Tafsir´ and ´Ahadith´.He then continued his education at Pondok Sungai Semambu Tanah Liat, Bukit Mertajam for five years under the tutorship of Tuan Guru Sheikh Abdul Majid Masri Awang. It was here that he studied Philosophy (Mantik), Discourse (Bayan), Ma´ani, Fiqh etc. Later he was allowed by his teacher to teach at this pondok.

.

Haji Tan Ahmad was motivated to go to Kelantan to acquire knowledge from that religious state. Apart from Kedah, Kelantan was a centre, renowned Islamic studies in the region. Over there Islamic education centres thrived with thousands of students from many states, including Indochina, came to acquire knowledge.This blessed land produced many great scholars. Haji Tan Ahmad studied under Tuan Guru Haji Saad Kangkung and was able to study several major books. On 12 May, 1941, Haji Tan Ahmad, acquired permission to write the Majlis Agama Islam Negeri Kelantan to teach Islam. At the same time, he was able to spend time study at Pondok Tuan Guru Haji Chek Ali bin Chek Hussien. It was here that he studied Fara´id (the Division of Inheritance) etc. He was also given permission to teach at this pondok.

.

Haji Tan Ahmad ended his bachelor days when he was destined to marry Rahmah binti Nung Hussien on 24 Julai 1943. He was blessed with 10 children, with 6 out of them being sons.When the war ended in 1946, Haji Tan Ahmad returned to his village. His return was received with joy, because both he and his brother once again became a source of reference to the community. His brother was appointed a member of the Shari´ah Council of Negeri Sembilan. Haji Tan Ahmad in turn was granted official permission to teach Islam and to open a school of his own at Masjid Kuala Jerang. It is indeed regrettable that all activities there had to be halted with the declaration of emergency in 1948.

.

The area of Durian Tipus was consider a ´black area´ because there existed Chinese villages, which permitted subversive groups such as the communists to operate freely. Haji Tan Ahmad who was appointed the village headman during the state of emergency was ordered together with the villagers to install barbed wire fencing to contain the movements of the communist.

.

On the 1 April, 1956, the government of Negeri Sembilan appointed Haji Tan Ahmad as a Kadi (Islamic Judge) for the of Durian Tipus. At the beginning his house because his office. He held on to the appointment for 20 years, 7 months, and 29 days. He retired on 30 November, 1976. He was later appointed as a member of the Shari´ah Committee, Majlis Agama Islam Negeri, as from the 1 January, 1982 right up to his demise.

.

During his lifetime, Dato´ Haji Tan Ahmad was very active teach Islam at mosques and praying halls around Durian Tipus. These included Masjid Kuala Jerang, Simpang Durian, Felda Pasoh 1, Sungai Buloh and Masjid Kampung Lakai. His wisdom in teaching the Spirituality of Islam (Tasauwwuf), Tafsir dan Fiqh was well known. In honouring him for his services the government of Negeri Sembilan bestowed upon him the Pingat Jasa Kebaktian (PJK) on 19 July 1974 and later with the title of Dato´ on 19 July 1991.Having spent a major part of his life serving Islam and as a source of reference, respected by many, Dato´ Haji Tan Ahmad bin Muhamad Zin returned to his Lord and was buried on 24 October, 1995 (1416 Hijrah).

  

Rujukan:

1.     http://lipatkajang-pahang.blogspot.my/2009/01/arwah-yg-bhg-hj-ahmad.html#!/tcmbck

2.     http://sungaiujung.blogspot.my/2006/04/kerabat-syeikh-haji-mohd-said-al.html

3.     Perhubungan melalui whatsapp pada 14 September 2017 jam 2.30 petang dan lawatan ziarah pada 18 September 2017 jam 3.00 petang. Haji Jamal seorang bekas tentera yang pernah berkhidmat di Congo.

4.     http://sungaiujung.blogspot.my/2006/08/haji-zakaria-mohd-kari-1890-1953-haji.html

5.     http://ikantongkol09-tokoh.blogspot.my/2009/12/tuan-guru-haji-wan-ibrahim-pak-cu-him.html & http://www.mykedah2.com/10heritage/102_4_10.htm

6.     http://web.usm.my/km/33(Supp.2)2015/km33s22015_05.pdf

7.     http://abzahidi2001.tripod.com/Tokoh.htm#Haji Saad Kangkong (1893 - 1943) & https://ms.wikipedia.org/wiki/Saad_bin_Haji_Daud

8.     http://www.google.com/url?url=http://malaycivilization.ukm.my/idc/groups/portal_aperpatih/documents/ukmpd/adat_00655.pdf&rct=j&frm=1&q=&esrc=s&sa=U&ved=0ahUKEwiSt8GmsLDWAhUBqI8KHfcKDkcQFghMMAw&usg=AFQjCNGMGVqseOqHcWe33MW6SRISFp3J1Q

( sejarah kominis menyerang balai polis Spg Pertang)

 


Posted at 05:34 pm by lebai_kampung
Make a comment  

Sunday, August 27, 2017
Maulana Lebai Maadah Layang

Maulana Lebai Maadah Bin Layang ( 1895 – 1943)


Ulama yang pernah menjadi kontroversi ini dianggap pelopor fahaman 'Kaum Muda' negeri ini. Beliau berasal dari Kampung Jeram, Tengkek iaitu sebuah kampung di pendalaman kira-kira 28 km dari Bandar Kuala Pilah jika melalui Pekan Batu kikir. Menurut cerita orang-orang tua di kampung itu, beberapa suku keturunan orang-orang Minangkabau dari sekitar Talang atau Seri Menanti dipercayai telah meredah hutan belantara untuk membuka kampung baru melalui kawasan Langkap. Tidak dinafikan juga ada penduduk asal kampung dari suku-suku yang mudik ke hulu Sungai Jempol melalui Kuala Jempol atau Ulu Sungai Muar. Proses migrasi ini dijangkakan bermula awal abad ke 19.

Nama penuhnya ialah Muhamad Maadah bin Layang. Beliau lahir dalam tahun 1895 di Kampung Jeram, Tengkek. Bapanya penduduk kampung yang bertugas sebagai pesawah, pencari damar dan antara pembuka awal kampung. Bapanya meninggal dunia ketika beliau masih menuntut di India. Ibunya pula bernama Aman. Kampung Jeram mempunyai kawasan rekreasi air terjun yang indah dan menjadi kawasan kunjungan pelancung dari dalam dan luar sekarang ini. Rumah kelahiran Maulana ini tidak jauh dari kawasan rekreasi tersebut. Dahulunya, kawasan air terjun ini dikatakan pernah menjadi tempat meminjam pinggan mangkuk penduduk kampung dari masyarakat orang Bunian.


Maulana Lebai Maadah mula mendapatkan pendidikan awal di Sekolah Melayu Tengkek tahun 1907 dan kemudiannya meneruskan pengajian agama secara memondok di Pondok Alor Keladi, Kedah selama lebih kurang empat tahun antara tahun 1915 hingga 1919. Allahyarham juga diberitakan pernah mengaji di Tualang Sekah di bawah asuhan Tuan Guru Yunus Al Masri, di sinilah beliau belajar berqasidah dan berlagu.

Sekembalinya beliau ke kampung, Lebai Maadah bertemu jodoh dengan gadis yang dinamakan 'Sori' dari Johol dalam Daerah Kuala Pilah. Usia perkahwinannya tidak lama kerana ramai penduduk mukim tersebut kurang senang dengan Lebai Maadah yang selalu menegur perilaku atau amalan penduduk yang dianggapnya bersalahan dengan syariat. Apabila diberitakan ada seorang ulama dari India berkunjung ke Kuala Pilah tetapi beliau menghadapi kesukaran berdakwah kerana masalah bahasa. Lebai telah tampil menawarkan diri untuk membantu ulama tersebut sebagai penterjemah bahasa Arab. Beliau mendapat upah lebih kurang RM80.00 berkerja sebagai penterjemah dan mengikut ulama itu berdakwah hingga ke Perak. Ulama India inilah memberi perangsang kepadanya untuk menuntut agama di Benua India.

Kemudian beliau belayar ke India mengikut ulama tersebut untuk menimba ilmu agama lebih mendalam. India ketika itu menjadi lokasi pengajian Islam terkenal selain Mekah khasnya di Karachi ( sebelum ditubuhkan Pakistan) dan Deoband. Maulana ini dikatakan terpaksa mendapatkan derma orang ramai untuk perbelanjaan belayar ketika itu. Kerana kesempitan kewangan, beliau terpaksa berjalan kaki dari suatu tempat ke suatu tempat lain ketika berkelana di sana. Emak penyusun Hajjah Zabidah faseh pernah mendengar sendiri perbualan Maulana dengan datuknya Tokki Omar Bail sekembalinya dari India, Maulana memberitau kesusahannya di rantau orang dalam mencari ilmu agama dan terpaksa mengikat perut menahan kelaparan.

Haji Md Zin @ Lajin Ujang iaitu murid tua dan pangkat bapa saudara kepada Lebai Maadah, mengatakan Lebai Maadah hanya sempat bersama tiga hari sahaja dengan ulama itu ketika menjejakkan kaki di sana kerana ulama itu terus keluar bertabligh. Tinggallah Lebai Maadah bersendirian dan beliau menggunakan kebolehannya berqasidah untuk menarik perhatian orang ramai. Sebelum berqasidah, beliau akan membentang kain kendungnya dan para pengunjung akan melemparkan derma. Lebih kurang tiga bulan pula Lebai Maadah berqasidah begitu untuk mengumpulkan duit bagi menampung perbelanjaannya seharian. Beliau mengambil kesempatan untuk mempelajari bahasa Urdhu dalam tempoh tersebut.

Lebai Maadah bernasib baik diterima menuntut Kolej Darul Ulum walau pun beliau tidak mempunyai sumber kewangan untuk membiayai yuran pengajian. Pengetua Kolej tersebut bersimpati dengannya dan menyarankan Lebai Maadah membuat kerja sampingan seperti berkhidmat dengan guru-guru dan membasuh pinggan mangkok di kantin. Beliau juga berkhidmat membasuh pakaian guru dan kawan-kawan untuk mendapat pendapatan harian. Dia berada India selama lebih kurang 8 hingga ke 13 tahun di Darul Ulum dan di Alegar, India. Haji Abdul Aziz Yunus, anak murid awal di Madrasah Aliah Islamiah Kuala Pilah pula memaklumkan Tuan Gurunya itu banyak terpengaruh dengan perjuangan Shah Waliyul'Lah al- Dehlawi dan dalam gerakan pembaharuan ketika menuntut di India. Di sana juga mungkin telah membentuk kecenderungan beliau kepada aliran "as sunnah" ( Salafiyyah) dan tidak terikat kepada mazhab yang empat.

Kepulangan beliau dikatakan mendapat sambutan hangat penduduk kampung kerana dia adalah sesatunya anak kampung yang mendapat pendidikan tinggi agama dan dari luar negeri pula ketika itu. Maulana Lebai Maadah yang berkulit cerah dan bertubuh gempal amat secucuk apabila memakai tarbus hitam serta berkot. Pakaian lain yang kerap dipakainya ialah jubah putih sehingga ke lutut seperti jubah pakaian kumpulan Tabligh sekarang ini. Pakaian beliau yang sentiasa kemas bersih ini juga turut menjadi ikutan murid-muridnya.

Lebai Maadah balik ke tanahair selepas merantau mengaji agama pada tahun 1933. Ada pandangan lain iaitu beliau balik tahun 1937 dan dengan perantaraan saudaranya serta bantuan orang ramai, beliau telah membuka madrasah pertama di Alor Gajah, di hadapan Balai Polis Daerah Alor Gajah sekarang. Terdapat juga dakwaan bahawa beliau ke sana kerana di Alor Gajah telah mula subur fahaman aliran as sunnah sejak tahun 1920an. Dianggarkan lebih 80 pelajar dari berbagai tempat telah menuntut dengan di Madrasah Alor Gajah ini. Haji Md Zin Ujang yang banyak membantu penyusun mengimbas perjalanan hidup Lebai Maadah ini kerana beliau merupakan murid pertamanya di Alor Gajah. Mereka mempunyai hubungan kekeluargaan pula.

Keistimewaan ketara pusat pengajian yang ditubuhkan oleh Lebai Maadah ialah sekolahnya diselia secara formal dan menerima pelajar wanita. Suatu hari dalam tahun 1938, Lebai mengajak beberapa anak muridnya makan besar kerana beliau telah menerima ijazah pengajiannya dari Darul Ulum. Lebai mensyarahkan bidang pengajiannya sehingga memperolehi sarjana ( master) dalam pengajian Islam. Menurutnya, beliau terpaksa mengaji 35 mata pelajaran peringkat ijazah pertama dan 47 subjeks lagi untuk melayakkannya menerima sarjana tersebut. Beliau tidak meneruskan pengajiannya untuk ke peringkat Phd kerana pelajar disyaratkan menjadi kerakyatan India dan berkhidmat di kolej tersebut. Ijazah sarjana beliau dikirimkan melalui pos oleh Pentadbir Darul Ulum.

Tidak dapat dipastikan sejauh mana kesahihannya Lebai Maadah telah berbahas dengan tokoh utama as sunnah di Alor Gajah bernama Haji Muluk. Maulana yang dikatakan alim dalam agama itu berada di pihak yang menang. Mungkin ekoran dari peristiwa itu menyebabkan Lebai Maadah kembali ke Kuala Pilah untuk mendirikan sekolah baru bagi mengelakkan perbalahan.

Di kampung halamannya, Maulana membuka sebuah Madrasah Jameah Islamiah yang mengajar berbagai mata pelajaran di Kampung Bukit Tempurung kira-kira 3 km dari Kampung Tengkek. Sekolah berdinding kayu ini didirikan di atas bukit dan mula menerima pelajar-pelajar lelaki dan perempuan. Sekolah ini didirikan secara gotong royong penduduk kampung. Tiang madrasah jenis 'ponak' ditebang dari hutan berdekatan dan papan belutinya dibeli dari Pekan Batu Kikir. Atapnya dari daun rumbia dan sebahagian kerja pembinaan diupahkan kepada orang China. Sekolah itu mampu menampung pelajar lebih 50 orang. Pelajar lelaki dan perempuan di asingkan. Sebelah malam pula dibuka kelas untuk orang-orang dewasa. Sekolah ini turut menerima penuntut luar dari Negeri Sembilan, walaupun jalan perhubungan untuk sampai ke kampung itu terpaksa berbasikal atau berjalan kaki lebih 15km dari pekan Batu Kikir.

Lebai Maadah dijodohkan dengan gadis kampungnya bernama Salbiah Ibrahim. Perkahwinan kali keduanya ini berlangsung dalam tahun 1938 ketika itu Lebai masih mengajar di Alor Gajah. Menurut Haji Md Zin Ujang, emaknya dan emak saudara Lebai bernama Bayau merundingkan untuk menjodohkan Lebai Maadah dengan Salbiah. Walau pun mereka tidak pernah bertemu muka tetapi Lebai Maadah ada bertanyakan rupa paras dan keperibadian bakal isterinya dari Haji Md Zin. Salbiah dikatakan gadis pingitan kampung yang menarik waktu itu. Pasangan ini dianugerahkan Allah dengan anak lelaki yang diberikan nama Muhammad Kassim.

Di Madrasah Bukit Tempurung, beliau telah menjodohkan pula seorang penuntut beliau bernama Abdul Jalil bin Salim yang berasal dari Pekan Alor Gajah, Melaka dengan Latifah Omar Bail yang turut menuntut di Madrasah Bukit Tempurung itu. Abdul Jalil merupakan penuntut awal beliau ketika di Alor Gajah dan turut meneruskan pengajianya di Bukit Tempurung. Penyusun masih ingat masa hidupnya, Allahyarham Ustaz Abdul Jalil amat tegas dalam fahaman as sunnahnya dan tidak bertolak ansur dalam perkara-perkara yang dianggap bidaah dalam amalan ibadah. Contohnya, beliau hanya berdiam diri ( lelapkan mata) masa majlis ratip tahlil arwah dan tidak mengangkatkan tangan ketika berdoa. Kehadiran beliau ke majlis-majlis kenduri kendara sanak saudara di kampung hanyalah untuk mengeratkan siraturrahim sahaja.

Mungkin kerana perbezaan kefahaman yang dibawa oleh Lebai Maadah bin Layang yang dianggap mewakili kaum muda dan bertembung pula dengan kaum tua yang didakwa golongan Syafiiyah, sedikit sebanyak telah mengocak struktur amalan ibadah tradisi setempat. Sebahagian besar penduduk kampung mulai memandang serong kepada aliran ini. Maulana Lebai Maadah memahami usaha untuk mengubah fahaman yang sudah berakar umbi itu bukan suatu kerja yang mudah. Selain berdepan pertembungan tersebut, Lebai Maadah turut tampil untuk membasmi amalan–amalan khurafat yang masih mewarnai budaya masyarakat yang jauh di pendalaman itu. Antara amalan yang pernah dilakukan ialah seperti upacara memuja semangat padi sebelum turun ke sawah, mandi safar, ilmu pembomohan, amalan kebatinan dan lain-lain lagi.

Awal tahun 1900an sering berlaku perdebatan antara kaum muda dengan kaum tua Lebai Maadah dianggap pelopor bagi fahaman ini di Negeri Sembilan. Kesan dari penubuhan beberapa madrasahnya di Kuala Pilah menyebabkan aliran ini berkembang di Negeri Sembilan. Pengikut fahaman ini telah berkampung di Kuala Pilah dan menubuhkan Madrasah Ittibaus Sunnah di Jalan Parit, Kuala Pilah yang masih beroperasi hingga sekarang. Peringkat awalnya, kelompok ini dianggap sering bermasalah dengan Majlis Agama Negeri tetapi kini dilaporkan telah kendur.

Lebai Maadah melihat dengan ilmu sahaja permasalahan ummah dapat ditangani. Tanpa ilmu sudah tentu amal tidak akan menepati kehendak agama. Dalam suasana negeri yang masih dijajah dan perhubungan komunikasi yang sukar waktu itu, beliau harus memikul amanah untuk membimbing anak bangsanya keluar dari kegelapan. Bagi merealisasikan wawasannya, beliau menubuhkan pula Madrasah Aliah Islamiah Harapannya untuk melihat anak bangsanya mendapat pendidikan lebih tinggi, ini ditegaskan oleh beliau sendiri dalam buku penubuhan Madrasah Aliah Islamiah atau juga dikenali sebagai Islamic High School dalam muka surat 33 :

" .. mereka itu ( penuntut lelaki) anak-anak muda yang berhemah tinggi juga dalam mencari ilmu pengetahuan serta ikhlas dan jernih hati – hati mereka pada menjaga kefardhuan, dan masing – masing itu berharap belaka kepada kemajuan kaum dan bangsa dan juga tanahair."

Difahamkan Maulana Lebai Maadah bercita-cita untuk menjadikan pusat pengajiannya itu sebagai asas kepada penubuhan Pusat Pengajian Tinggi Islam ( Universiti Islam) sebagaimana yang terdapat di Darul Ulum India. Malangnya, cita-cita murninya ini tidak kesampaian apabila meletus Perang Dunia Kedua. Menurut Haji Abdul Aziz Yunus, penuntut-penuntut terpaksa meninggalkan pengajian dan balik kampung bila Jepun mula sampai ke negeri ini. Madrasah ini hanya sempat beroperasi selama empat tahun sahaja. Maulana sendiri akhirnya balik memberi tumpuan kepada Madrasahnya di Kampung Bukit Tempurung ketika itu.

Sebelum menubuhkan Madrasah di Pelangai ini, beliau telah menyahut seruan Dato' Menteri Mohd Idris Abdullah ( Ketua adat ) untuk membuka sekolah di Sungai Dua Kecil ( kini menjadi kawasan masjid Sg Dua Kechil) dalam Daerah Kuala Pilah. Tanah ini adalah milik keluarga Dato' Idris tetapi selepas beberapa lama beroperasi, Dato' Idris telah mendapat persetujuan ahli keluarganya untuk mewakafkan tanah mereka di Pelangai untuk dijadikan kawasan sekolah. Kawasan baru ini lebih strategik dan di tepi jalan besar Kuala Pilah ke Batu Kikir/ Bahau bagi menggantikan sekolah di Sungai Dua.

Beberapa nama disebutkan oleh beliau dalam buku penubuhan Madrasah ini kerana anak-anak kampung bermuafakat membinanya seperti Dato' Muhamad Idris, Yang Mulia Dato' Laksamana Sholleh dan Dato' Putih Isa. Madrasah ini siap didirikan pada 15 Januari 1939. Madrasah ini juga dilaporkan dibiayai oleh YTM Tuanku Abdul Rahman Yang Dipertuan Besar waktu itu. Dua bangunan sekolah didirikan untuk memisahkan murid-murid lelaki dan perempuan. Jadual waktu persekolahan bermula jam lapan pagi sehingga pukul dua belas tengahari bagi sesi pagi. Penuntut-penuntut diberi rehat sebentar untuk makan tengahari dan dijadualkan bersholat zuhur secara berjamaah di surau. Sesi kedua bermula jam dua petang hingga jam empat petang. Selepas sholat asar mereka di benarkan bermain atau beriadah untuk menjaga kesihatan. Pelajar lelakinya berpakaian seragam berkot dan bertali leher seperti sekolah Inggeris waktu itu tetapi bertarbus.

Sistem persekolahan yang agak sistematik ini membuktikan Lebai Maadah seorang pendidik atau pemimpin yang berkarisma. Setiap penuntut samada lelaki atau perempuan mendapat didikan atau tarbiah secara langsung dan sama rata dari Lebai Maadah. Dinyatakan belum sampai dua tahun terdirinya sekolah ini, lebih seratus penuntut lelaki – perempuan dari beberapa negeri seperti Perak, Selangor, Pahang dan serata daerah dalam Negeri Sembilan telah belajar di sini. Bagi membantu beliau mengendalikan perjalanan sekolah dan asrama, maka beberapa penuntut yang telah senior dilantik sebagai kerani atau pengelola asrama. Guru-guru lelaki dan perempuan pula dilantik di kalangan penuntut yang telah mampu membimbing pelajar-pelajar baru.

Penuntut–penuntut lelaki dan perempuan disediakan asrama yang berasingan. Mereka ada memasak sendiri dan ada juga yang kira bayar sahaja. Manakala penuntut perempuan pula ada yang tinggal bersama Lebai Maadah dikenakan bayaran makan dan belanja persekolahan secara bulanan. Tukang masak makanan disediakan. Guru-guru sentiasa ada bersama penuntut untuk membimbing mereka. Sebelah petang, kelas pengajian terbuka kepada penduduk sekitar yang dikatakan mendapat sambutan hangat.

Antara mata pelajaran yang diajar di Madrasah ini ialah seperti ilmu saraf, ilmu nahu, tajuid, fiqh, tauhid, akhlak, tafsir dan terjemahan al Quraan, usul hadith dan kitab-kitab hadith, tasawuf, al mudharabat, ilmu berkhutbah atau bersyarah, bahasa Inggeris , membaca al Quraan dan banyak lagi. Menurut Haji Abdul Aziz Yunus, Maulana Lebai Maadah agak tegas ketika mengajar. Beliau selalu membawa rotan semambu bila mengajar. Setiap ayat yang diajar mesti difahami dengan teliti dan penuntut – penuntut terpaksalah mengulang kaji dan menghafal pelajaran di asrama sebelah malamnya. Esoknya beliau akan menyoal kembali pelajaran yang telah diajar. Sesiapa yang gagal menjawab dengan tepat atau tergagap – gagap akan dimarahi. Pernah Ustaz Abdul Jalil dirotan dan peristiwa itu menjadikan penuntut lain kecut perut. Antara anak murid awal beliau yang dianggap kontroversi dalam negara kita ialah Shamsiah Fakeh iaitu pemimpin PKM yang diharamkan itu.


Shamsiah Fakeh bersama ibunya di Kuala Pilah.


Keistimewaan cara mengajar Maulana ialah ia mengajar menterjemah al Quran secara harfiah iaitu terjemahan dari ayat ke ayat dalam Bahasa Melayu bersekali dengan tajuidnya. Haji Abdul Aziz mendakwa penuntut – penuntut mampu menamatkan terjemahan al Quran dalam tempoh lapan bulan sahaja. Salah seorang murid beliau, Haji Abdul Malik Husin turut mengakui keistimewaan pengajian tafsir Al Quran cara Lebai Maadah kerana ia merangkumi dengan ilmu saraf, nahu, maani, mantik dan bayan. ( Rujukan dari artikel oleh Zaharuddin Pilus, Berita Mnggu 27 Julai 1980). Dianggarkan penuntut – penuntut yang belajar ketika itu lebih 280 orang pada hari – hari akhir sebelum meletusnya perang. Beliau sendiri waktu itu membuat kerja sampingan selain menuntut iaitu ditugaskan sebagai kerani dan pengelola asrama lelaki.

Selain kesibukan Lebai menguruskan sekolahnya di Pelangai dan Bukit Tempurung, beliau masih sempat memberi pengajian agama kepada orang ramai secara memberi syarahan kerana beliau begitu mahir berpidato dan lancar pula tutur katanya. Kebolehannya menguasai banyak bahasa juga berupaya meruntun pendengar untuk mendekati tokoh istimewa ini.

Penyusun sengaja menambah muatkan isi kandungan kisah riwayat hidup ulama besar ini tentang kisah fitnah dan mehnah yang diterimanya ketika berada di zaman kemuncaknya. Saat getirnya ialah beliau difitnah berjahat dengan pelajar perempuannya di Madrasah Aliah Islamiah. Fitnah ini sengaja diada-adakan oleh penduduk setempat kerana cemburu dengan ketokohan Lebai Maadah. Bencana itu akhirnya dapat dipadamkan apabila Tuanku Abdul Rahman, Tuan Yang Dipertuan Besar turun sendiri menjadi saksi di hari upacara mengangkat sumpah di sekolah tersebut. Pihak yang menuduh tidak berani tampil ke hadapan. Sifat kedengkian itu bukanlah tamat setakat itu sahaja malah Lebai Maadah lagi sekali lagi diuji apabila ada pihak menuduh Lebai Maadah menerima gaji lebih tinggi sedangkan beberapa pelajarnya yang senior membantu mengajar hanya mendapat gaji lebih rendah iaitu lebih kurang RM25 atau RM30 sebulan berbanding Lebai Maadah yang menerima gaji RM 350 sebulan. Menurut pandangan mereka gaji Lebai Maadah mengalahkan gaji D.O Kuala Pilah waktu itu.

Seorang pelajar bernama Othman Ali dari Kampung Tengkek merisik berita tentang ada anak murid Lebai sendiri bernama Hitam Taha sedang merancang untuk mencabar Lebai Maadah berkeris. Dia dikatakan telah memakai pakaian serba hitam selaku panglima untuk bergaduh dengan Tuan Gurunya sendiri. Ekoran dari itu, Lebai telah mengadakan perhimpunan pada hari sabtu yang dihadiri semua muridnya. Beliau menyampaikan hasratnya untuk memberi tumpuan di Madrasah di Bukit Tempurung sahaja. Di sini terdapat percanggahan maklumat antara Tuan Haji Abd Aziz Yunus dengan Haji Md Zin Ujang tentang punca utama Madrasah Aliah Islamiah tersebut ditinggalkan oleh Lebai Maadah. Dari artikel Zaharuddin Pilus ( Berita Minggu 27/7/1980) melaporkan pula Cikgu Hitam Taha itu mengambil alih pengajaran di sana selepas perang tetapi madrasah tersebut tidak bergerak terus menerus selepas beliau berhenti mengajar. Walau bagaimanapun, penyusun percaya faktor meletusnya perang dunia kedua dan gangguan pihak tertentu itu ada berkaitan.

Sebagaimana dinyatakan sebelum ini, pihak istana di Seri Menanti amat berminat dengan orang-orang alim. Istana raja selalu dikunjungi para ulama dan kerabat raja turut menadah kitab untuk mendengar kuliah ulama. Yang Dipertuan Besar Paduka Sri Tuanku Muhamad Shah Ibni al Marhum Tuanku Antah yang ditabalkan bagi tahun 1888-1933 telah menjemput Tuan Guru Haji Darun Haji Ibrahim yang berasal dari Inderagiri dan bermukim di Semenyih untuk menjadi guru agama di istana. Dikatakan adik baginda iaitu Tunku Burhanudin turut menjadi alim di bawah bimbingan ulama ini. Pewaris tahta Yang Dipertuan Besar kemudiannya iaitu Tunku Abdul Rahman anak kedua kepada Tuanku Muhamad turut memuliakan para ulama.

Di masa pemerintahan baginda, ulama di negeri adat perpatih ini diberi keutamaan. Baginda bukan sahaja mendekati ulama malah turut menyumbangkan kewangan membina pondok atau sekolah agama, sebagaimana peranan baginda membantu Tuan Guru Lebai Maadah ini dan mewakafkan sebidang tanah untuk Tuan Guru Haji Abdul Majid Abdul Karim di Batu Kikir bagi tapak pondoknya. Di zaman baginda juga, perbahasan agama secara sihat diadakan di istana di antara Lebai Maadah dengan Haji Muhamad Mustaffa dari Kuala Jempol. Majlis perbahasan itu dipengerusikan sendiri oleh Al Marhum Tunku Besar Burhanudin.

Walau bagaimanapun, keakraban ini pernah mengundang salah faham kepada pihak tertentu di istana apabila Lebai dituduh melanggari adab dengan raja. Kisahnya ialah sewaktu Tunku Abdul Rahman mencemar duli turun ke Pelangai untuk menyampaikan syahadah ( sijil) tamat pengajian kepada pelajar-pelajar di sana. Ketika majlis bersantap disediakan, Tunku Abdul Rahman meminta Lebai Maadah duduk bersama baginda makan bersama. Tiga hari lepas itu, Lebai dikunjungi polis dari Balai Polis membawa mesej Lebai Maadah dikehendaki hadir ke istana bagi tuduhan tersebut.



Lebai Maadah duduk paling kiri berkot. Majlis yang ramai disertai ulama 1939.

Tuan Guru Lebai Maadah dengan tenang mengajak Haji Md Zin Ujang menemaninya ke istana. Mereka bertolak dari kampung jam 7.00 pagi menunggang basikal. Perjalanan untuk sampai ke istana Seri Menanti memakan masa lebih kurang 4 jam lamanya lantaran kerana jalan ke Pekan Batu Kikir waktu itu masih jalan tanah dan melalui jalan kampung serta kebun getah. Sesampai di pintu istana, Lebai memberi salam dan seorang budak berumur lebih kurang 8 tahun muncul ( mungkin putera raja), kanak-kanak itu berlari ke tingkat atas istana. Kemudian terdengar suara dari bilik istana, " Lebai, mari sini!" Lebai Maadah pun naiklah ke atas istana berbual dengan Tunku Abdul Rahman.

Antara perbualan mereka yang sempat diingati oleh Haji Md Zin Ujang ialah Lebai Maadah melahirkan rasa dukacitanya terhadap perkara berbangkit. Beliau tidak mengangkat sembah sebagaimana lain-lain rakyat ketika bertemu raja dan memanggil Tunku Abdul Rahman dengan panggilan 'Tuan Patik". Tunku Abdul Rahman pula merendah diri berkata:

" Di dunia kami tinggi tapi di akhirat, Lebai lebih tinggi darjatnya.." Baginda berjanji akan menyelesaikan masalah tersebut dengan pihak tertentu di istananya.

Dalam perjumpaan itu juga, Tunku Abdul Rahman meminta Lebai Maadah mengajar tafsir al Quran dalam Bahasa Inggeris. Bermula dari tarikh itulah beliau kerap ke istana menunaikan permintaan baginda. Tunku Abdul Rahman mendapat pendidikan di Kolej Kuala Kangsar dan mendapat Barr-at Law dari Inner Temple England tahun 1928. Baginda sebelum ditabalkan menjadi Dipertuan Besar pernah menjawat jawatan ADO di beberapa daerah dan terakhir menjadi DO Batang Padang 1933. Baginda pernah juga meminta Lebai Maadah menafsirkan mimpinya apabila bermimpi baginda digelar "Manaf" oleh Raja-raja Melayu. Lebai menafsirkan baginda akan naik tinggi dan disebut orang selama-lamanya. Menurut Haji Md Zin, antara kelebihan yang dimiliki oleh baginda selepas itu ialah Baginda dilantik sebagai Yang Dipertuan Agong pertama dan gambarnya terus dicetak dalam wang kertas negara ini sehingga sekarang.

Lebai Maadah merupakan tokoh pemidato dan pandai berbahas. Seperti yang disebut sebelum ini, beliau pernah berbahas masalah agama dengan tokoh assunnah di Alor Gajah dan seorang ulama terkenal bernama Tuan Haji Muhamad Mustaffa dari Kuala Jempol ( riwayat hidupnya turut dipaparkan dalam buku Jejak Ulama ini) ulama ini mendapat didikan dari Mekah Al Mukarramah dan sangat terkenal di kalangan pembesar negeri termasuk Al Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad sendiri. Majlis perbahasan ini telah diadakan di Istana Besar Seri Menanti dengan dihakimi oleh Tunku Besar Burhanuddin Ibni Tuanku Antah iaitu kerabat raja ketika itu. Menarik juga dicatitkan di sini iaitu kecenderungan pihak istana dalam bidang agama agak menonjol ketika itu kerana selain di Negeri Sembilan, Raja Kelantan Tengku Long Senik yang memerintah tahun 1900 – 1920 turut menjadikan ulama sebagai tempat rujukan utama ketika dilemma kemasukan amalan tarekat Ahmadiyah ke Kelantan.

Dalam perbahasan tersebut, Lebai Maadah dikatakan sekali lagi menunjukkan keistimewaannya apabila beliau yang bermodalkan Al Quran berjaya melengkapkan hujahnya. Apabila beliau ingin merujuk bahasannya, beliau hanya menepuk kitab suci itu dan nashkah yang terbuka itu tepat menunjukkan ayat-ayat yang beliau kehendaki dengan izin Allah. Bukan itu sahaja, Maulana ini juga dikatakan pernah berbahas dengan orang-orang kristian yang diadakan di Sekolah Menengah King George V Seremban. Kebolehan Maulana menguasai banyak bahasa termasuk Bahasa Inggeris selain bahasa Urdu dan Arab memudahkan beliau menyampaikan dakwahnya. Kesannya, ramai penganut agama kristian waktu itu masuk Islam

Beberapa karya beliau yang diketahui sempat ditinggalkan ialah seperti berikut:

i. Kitab " Percubaan Tuhan" perbicaraan tentang keimanan setebal 40 muka. Diterbitkan oleh The Teruna Press, Kuala Pilah. 1939 dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab.

ii. "Urujul Akhwam" mengandungi 100 halaman, terbitan The Teruna Press, Kuala Pilah. 1939.

iii. "Persaudaraan" diterbitkan oleh The Mutbah Al Zainiah, Bukit Mertajam tahun 1939.

iv. " Suluh Tengkek" setebal 80 muka iaitu buku panduan syarahan agama. Terbitan The Teruna Press, Kuala Pilah. 1939

Malangnya, sebahagian besar kitab – kitab pengajian dan beberapa hasil tulisan beliau tidak dapat dikesan lagi selepas kematiannya. Ada penduduk kampung mendakwa Maulana pernah memberi pesanan sebelum ajalnya supaya kitab- kitab beliau diserahkan kepada muridnya Ustaz Abdul Jalil yang telah menyemenda ( berkahwin dengan penduduk kampung), kerana beliau sahaja yang dikatakan mampu menguasai dan memahami kitab-kitab Arab tidak berbaris itu. Walau bagaimanapun, kitab – kitab tersebut telah beralih tangan kepada kerabat sebelah isterinya iaitu bapa mertuanya Imam Ayin ( Ibrahim). Masa kecil, penyusun pernah melihat orang tua ini di rumah anaknya Hajjah Bedah Ibrahim iaitu isteri datuk saudara penyusun.

Dalam musim perang, Lebai Maadah hanya menumpukan masanya di Madrasah Bukit Tempurung. Kegigihannya untuk mencurahkan ilmu disanjungi oleh penuntut-penuntut beliau. Adakalanya beliau akan pergi ke rumah anak muridnya untuk mengajar secara langsung. Ini disahkan sendiri oleh Ustazah Hambiah Md Som ( telah meninggal dunia beberapa bulan selepas pertemuan dengan penyusun) yang menyatakan Tuan Gurunya sering datang ke rumah mengajar ketika beliau masih dalam pantang ( baru bersalin). Lebai ingin menjadikan Hambiah sebagai penghulu atau ketua muslimat yang mendalami ilmu agamanya. Ustazah Hambiah adalah rakan karib Allahyaham Shamsiah Fakeh.

Antara kata-kata yang masih diingati oleh Hambiah ialah " ..apa nak buat, tiada rezeki anak-anak untuk belajar.." Ini seolah-olah beliau telah merasakan tempoh hidupnya begitu singkat. Sudah ditakdir Allah jua, ketika anak lelakinya berusia dua tahun, isteri beliau telah meninggal dunia. Allahyarhamah Salbiah Ibrahim dikatakan meninggal kerana mengalami sakit perut. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di rumah emak saudara Lebai Maadah di Kampung Jeram. Berita sedih itu disampaikan kepada suaminya di Madrasah, Maulana menyambut berita kesedihan itu dengan kata-kata lebih kurang begini,

" Biarlah.. dia ( Lebai ) pun akan mati di sana jugak.."

Benar, lebih kurang beberapa hari selepas pemergian isterinya, Maulana yang alim ini pun turut mengikuti isterinya dalam usia 48 tahun dan dikebumikan di sebelah pusara isterinya di Tanah Perkuburan Kg Jeram, Tengkek. Kematiannya diibarat kehilangan permata atau payung ilmu oleh penduduk di negeri ini, agaknya doa spontan ibunya apabila setiap kali melihat kenakalan anak lelaki telah dimakbulkan Allah.

"Jadi payung negerilah kau nak" Inilah ucapan biasa yang sering dikatakan oleh ibunya.

Menurut Haji Md Zin Ujang pula, malam sebelum kematiannya, beliau bercakap dengan rakan sekampungnya bernama Sidek ( dipanggil Sidiadik) supaya diuruskan segera sebelum zuhur. Rupanya beliau perlu dikebumikan sebelum zuhur itu. Seorang anak muridnya bernama Md Yassin dari pelangai Kuala Pilah berdiri kaku di kubur ketika orang ramai sudah mula beredar dari kubur. Apabila ditanya apa yang beliau perhatikan, katanya dia nampak seorang berpakaian serba putih keluar dari kubur dan terus menghilang. Allahyarham meninggal dunia di rumah emak saudaranya Puan Bayau, rumah itu jugalah tempat isteri tersayangnya menghembuskan nafas terakhir.

Penyusun telah sempat menziarahi tanah perkuburan di Kg Jeram tempat tokoh ulama ini disemadikan pada 4 Syawal 1424 bersamaan 28 November 2003. Kami agak sukar mengesan tapak kuburnya kerana tiada tanda-tanda jelas yang membolehkan kami mengesahkan batu nesannya, tetapi menurut penduduk kampung kubur sepasang suami isteri itu adalah berhampiran bawah pokok kundang yang rendang. Sekolah yang diasaskan beliau di Pelangai, Kuala Pilah telah diambil alih oleh kerajaan dan dinamakan Sekolah Menengah Rendah Agama Pelangai. Malah ada juga perkhabaran bahawa beliau turut mengharapkan sesatunya anak lelakinya yang masih belajar merangkak waktu itu diberi didikan agama sehingga sampai ke Darul Ulum juga. Anak lelaki bernama Kasim Maadah yang yatim piatu itu dibela oleh emak saudaranya Hajjah Bedah Ibrahim. Anaknya itu kini adalah seorang pakar perubatan yang pernah bertugas di Hospital Pakar Tawakkal Kuala Lumpur dan kini membuka klinik sendiri di Taman Tun Dr. Ismail. ( telah meninggal dunia).

Semasa kunjungan hormat ke kliniknya di sana, beliau memberitau ayah dan ibunya diserang penyakit demam kepialu . Menurutnya, Demam kepialu atau demam paratifoid (typhoid fever dalam bahasa Inggeris) merupakan penyakit yang disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Salmonella typhi. Demam kepialu biasa berlaku di seluruh dunia, dan hanya boleh dibawa dalam saluran usus dan darah manusia. Demam kepialu merebak melalui makanan atau air yang tercemar dengan bakteria daripada orang yang dijangkiti, atau daripada sisa kumbahan yang mengandungi bakteria. penyakit itu mudah merebak dengan cepat apatah lagi masa itu hospital jauh dai kampung.


Maulana Lebai Maadah bin Layang bolehlah dianggap tokoh pembaharuan yang ulung di negeri ini kerana terbukti dalam tempoh tidak sampai 15 tahun beliau balik ke tanahair, beberapa jejak-jejak yang ditinggalkannya telah meninggalkan kesan seperti berikut:

i. Beliau adalah tokoh pertama yang menubuhkan sekolah agama atau madrasah berasrama secara formal dan sistematik. Mata pelajaran yang diajar di madrasahnya merangkumi semua lapangan pengajian agama termasuk memperkenalkan Bahasa Inggeris sebagai subjek tambahan.

ii. Pengajian terjemahan al Quran secara harfiah terbukti memudahkan penuntut-penuntut di madrasah ini menguasai ilmu pengajian al Quran dengan cepat.

iii. Beliau membuka madrasahnya untuk anak-anak bangsa samada lelaki atau perempuan tanpa membezakan mereka. Pelajar-pelajar yang mendapat tarbiah dari madrasah secara langsung dari beliau itu datang dari banyak tempat dan negeri. Melalui pendedahan ini menyebabkan pemikiran dan aliran yang dibawa oleh beliau berkembang di banyak tempat pula.

iv. Maulana juga dianggap tokoh yang berwawasan tinggi kerana pernah bercita-cita untuk menubuhkan pusat pengajian tinggi agama ala Darul Ulum di Nusantara.

v. Terbukti pemikiran dan aliran " as sunnah" atau lebel "Kaum Muda" yang dicetuskannya telah bertapak di Negeri Sembilan khususnya di Kuala Pilah adalah kesinambungan gerakan awal yang dirintis oleh beliau.

Pendek kata, kemunculan beliau di persada dunia pendidikan dalam negeri pengamal adat perpatih ini benar-benar dirasai dan sebagai pelopor fahaman yang tidak terikat kepada aliran bermazhab. Walau pun aliran ini masih sukar diserasikan dalam masyarakat setempat tetapi sumbangan besar beliau dalam dunia pendidikan agama tetap terakam dalam lipatan sejarah negeri ini. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin.

Di kawasan perkuburan Kg. Jeram, Tengkek. Bawah pokok besar inilah beliau disemadikan.

Nota: oleh kerana blog asal saya telah bermasalah untuk dibuka, saya menyalin semula artikel tersebut dari blog berikut:

http://aliasmohdyusof.blogspot.my/2011/10/maulana-lebai-maadah-bin-layang-1895.html

terima kasih sahabat kerana sempat copy..

Komen Alias Mohd: Artikel yang mempunyai fakta yang tepat. Nama Sidiadik yang disebut dalam artikel ini adalah datuk saya yang bernama Abdul Rahman bin Deli, manakala emak saudara lebai yang bernama Bayau itu pula adalah ibu kepada nenek saya. Bayau juga dikenali sebagai Aminah. Anak lebai yang bernama Allahyarham Muhammad Kassim itu pula, sekarang ini membuka klinik di Taman Tun Dr Ismail KL iaitu Klinik Cassim. Shamsiah Fakeh adalah salah seorang anak murid beliau yang tersohor dan telah menyertai secara aktif dalam politik tanah air.

Lebai Maadah: Controversial Reformist Scholar of the Younger Generation
29 November 2005

Translation by YADIM

His full name is Muhammad Maadah bin Layang. Born in 1895 in Kampung Jeram, Tengkek. His father was a padi farmer, resin seeker and one of the early founder’s of the village. His father died while he was studying in India. His mother’s name is Aman. 

Kampung Jeram has a beautiful recreational waterfall, which is a tourist destination to both foreigners and locals. The house where the Master (Maulana) was born lies not far from this recreational spot. In the past, this waterfall area used to be a place where local villagers borrowed pots and pans from its spirit dwellers (orang Bunian).

Maulana Lebai Maadah acquired his early education at Sekolah Melayu Tengkek in 1907 and later continued his religious educational studies by ‘pondok’ method (religious schooling, village style with accommodation) at ‘Pondok Alor Kedah` for about 4 years from 1915 to 1919. He was reported to have studied at Tualang Sekah under the supervision of Tuan Guru, Yunus Al Masri, it was here that he learned to perform the qasidah.

On returning to his village, Lebai Maadah met his bride, who went by the name of ‘Sori’ from Johol in the district of Kuala Pilah. His matrimonial life did not last long because many villagers from his district were not comfortable with his attitude in criticizing them for not complying with the Shari’ah (Islamic Law). When told about an Indian scholar visiting Kuala Pilah who was facing difficulties in propagating Islam due to language barriers, Lebai Maadah offered his service to be his Arabic translator. He was paid around RM 80.00 to work as a translator and followed the scholar right up to Perak. This Indian scholar was able to motivate him to study Islam in the Indian continent.

He later sailed to India with the scholar to acquire and deepen his religious knowledge. At the time India, notably Karachi and Deoband (prior to the creation of Pakistan) were part of India. It is stated that he had to acquire charity from the public to travel at the time. Due to financial difficulties, he was forced to walk from one place to another when travelling around.

Lebai Maadah was lucky to be accepted as a student at Darul Ulum College, even though he did not have the financial means to pay for his student fees. The college principal was sympathetic and suggested that Lebai Maadah undertake a part time job as an assistant to teachers as well as to wash dishes in the canteen. He also washed the clothing of teachers and friends to earn money on a daily basis. 

He spent 8 to 13 years in India at Darul Ulum and at Alegar. Haji Abdul Aziz Yunus, one of his early students at Madrasah Aliah Islamiah Kuala Pilah stated that his former teacher was heavily influenced by the struggle of Shah Waliyul’lah al-Dehlawi and the reform movement at the time while studying in India. There is the possibly that while he was there he developed the inclination to follow the Salafiyah Path, and avoided aligning himself to any of the four Madhabs (Islamic Schools of Thought).

On his return, he received a rousing reception by his village folk as he was one of their sons who received a high education in religion, and moreover from overseas. Master Lebai Maadah possessed a fair complexion and medium built, looked good indeed when he put on his black fez skull cap (tarbus) and robe (jubah). Other clothing used by him was a white shirt that reached his knees, similar to that worn by by present day followers of Tabliqh. His attire was always clean and tidy and was imitated by his students.

In 1933, Lebai Maadah returned home after being abroad studying religion. Some say that returned in 1937 and with the help from relatives and the public, he opened the first Madarasah (Islamic school) in Alor Gajah, Melaka, in front of the present District Police Station. There were also some allegations that he went there because Alor Gajah had become influenced by As-Sunnah as early as 1920 onwards. It is estimated that more than 80 students from various places studied at ‘Madrasah Alor Gajah’. Haji Md Zin Ujang, a relative, was his first student at Alor Gajah and was instrumental in documenting the life of Lebai Maadah. 

The notable speciality of this centre of learning established by Lebai Maadah was the school’s formal supervision and acceptance female students. In 1938, Lebai Maadah received his degree from Darul Ulum. He continued his studies until he obtained his Master’s degree in Islamic learning. According to him, he had to study 35 subjects for his first degree and 47 subjects more to qualify for a Master’s degree. He did not pursue his Doctorate degree because it was a prerequisite that one had to be an Indian national and had to serve in that college on graduating. As such, his Master’s certificate was sent to him by mail by the principal of Darul Ulum.

The validity of Lebai Maadah having a debate with a leading Sunni scholar in Alor Gajah, Haji Muluk cannot be verified. It is said that the pious and learned Maulana was winner. Possibly due to this event, Lebai Maadah return to Kuala Pilah to built a new religious school to avoid disputes.

In his home village, Maulana established Madrasah Jameah Islamiah and taught various subjects at Kampung Bukit Tempurung which is about 3 kilometres from Kampung Tengkek. The school had wooden walls and was built on a hill and began accepting male and female students. The school was built with the help of villagers. The main pillar of the madarasah was from a species of tree call ‘ponak’, acquired from the nearby forest while wooden planks covering it were purchased from Pekan Batu Kikir. The roof was covered with leaves from the Sago palm tree while part of the school’s construction was done by Chinese workers. The school was able to house 50 pupils. Male and female were separated. Adult classes were conducted at night.
The school accepted students from outside Negeri Sembilan, even though the route to the village would have to be undertaken by cycling or walking more than 15 kilometres from Pekan Batu Kikir.

Lebai Maadah married a girl from his village by the name of Salbiah Ibrahim. This second marriage took place in 1938 when Lebai Maadah was still teaching in Alor Gajah. According to Haji Md Zin Ujang, his mother and auntie known as Bayau discussed and arranged his marriage to Salbiah. Even though they never met, Lebai did ask Hj Md Zin about his future wife’s appearance and characteristic. Salbiah it was said was considered to be the most sought after girl in the village at the time. The couple was favoured by Allah with a son named Muhammad Kassim.

While at Madrasah Bukit Tempurung, he arranged the marriage of one of his students known as Abdul Jalil bin Salim from Pekan, Alor Gajah, Melaka, to Latifah Omar Bail, another of his student from the same Madrasah. Abdul Jalil was among his first students while at Alor Gajah and later continued his studies in Bukit Tempurung. The editor still recalls the lifetime of Ustad Abdul Jalil, who was strict in his understanding of As-Sunnah, and would never compromise in matters considered to be innovations (bid’ah) in Islam. For example, he would only close his eyes and remain quiet while reciting the tahlil (recitations for the deceased) and he would not raise his two hands during supplication. His presence at gatherings of relatives and family members in the village was purely to strengthen relationships only.

Maybe due to the difference in opinion adopted by Lebai Maadah bin Layang, he was considered to represent the younger generation in conflict with older generation, who were known as ‘Shafiiyah’ (followers of Imam Shafi’e or the Shafi’e School of Islamic Thought), by questioning the structural traditional approach towards worship. Majority of the villagers began to view with suspicion this trend. Lebai Maadah understood that changing entrenched mindsets was not an easy job. Apart from facing this clash of opinions, Lebai Maadah also came forward to eradicate deviant acts which continued to influence culture. Among the deviated acts practiced by the villagers at the time was the ceremony paying tribute to the guardian or spirit of ‘padi (husked rice) before going to the field; taking a bath to avoid misfortune during the Month of Safar (2nd Islamic lunar month), black magic, deviated spiritual practices and others.

In the early nineteen’s, debates often took place between the younger and older generation. Lebai Maadah was considered the forerunner of this new ideology in Negeri Sembilan. And as a result of establishing several Madrasah in Kuala Pilah, this ideology spread throughout Negeri Sembilan. Followers of this group residing in Kuala Pilah established Madrasah Ittibaus Sunnah at Jalan Parit, which still continues to function to this day. In the beginning, this group was considered to be problematic by the State Department of Islamic Affairs, however this no longer exists.

Lebai Maadah realised that only through education could these problems be resolved. It is obvious that without knowledge, solutions could not be attained according to religious requirements. In a country under colonial rule with hardly any communication facilities at the time, he considered it a responsibility to guide his fellow countrymen out of darkness. To realize his vision, he established another school named Madrasah Aliah Islamiah with the hope that his countrymen could acquire higher education. This was clearly reiterated in his own words in his book during the formation of Madrasah Aliah Islaiah (also better known as Islamic High School).

“…..they (the male students) are young men with high spirit in their pursuits of knowledge, with sincerity and pure heart in guarding requisites, and each one of them hopes for the advancement of their race and country.” [page 33 - source of reference not named].

It is understood that Lebai Maadah’s ambition was to develop his school as a basis for the formation of an Institution of Higher Learning like those found in Darul Ulum India. Unfortunately, this sincere ambition was not met as a result of World War II. According to Hj Abdul Aziz Yunus, students were forced to leave school and had to return to their respective villages. This Madrasah managed to operate for only 4 years. Lebai Maadah himself left to return to his village to attend to his Madrasah at Kampung Bukit Tempurung.

Before establishing the Madrasah in Pelangai, he responded to a call from Dato’ Menteri Mohd Idris (Ketua Adat – Head of Malay Customs), to open a school in Sungai Dua Kecil (presently the Sungai Dua Kecil Mosque) in the district of Kuala Pilah. This land was owned by Dato’ Idris but not long after its inception, Dato Idris’ got the permission from members of his family, to give the land as a gift to the mosque in Pelangai to be a school. The new area, which was beside the main road leading to Batu Kikir/Bahau from Kuala Pilah, and which was to replace the school in Sungai Dua, was far more strategic.

A few names mentioned by Lebai Maadah in the Madrasah inaugural book includes those who helped in its construction, names such as Dato Muhamad Idris, Yang Mulia Dato’ Laksamana Sholleh and Dato Putih Isa. The school was completed on 15th January 1939. This Madrasah was also reported to be sponsored by the YTM Tuanku Abdul Rahman, Yang di Pertuan Besar of Negeri Sembilan. Two building were built to segregate male and female students. School started at 8 am till 12 noon for the morning session. Students were given recess until after the Zuhor congregation prayer in the prayer room. The second session started at 2 pm till 4 pm. And they were allowed to play and exercise to keep fit after the Asr prayer.

The systematic schooling program proves that Lebai Maadah was a charismatic educator and leader. Every student, male or female received the same supervision from Lebai Maadah. It is said that within two years, the schools had attracted about 100 male and female students from various states like Perak, Selangor, Pahang and Negeri Sembilan. To assist the smooth running of the school and hostel, a few senior students were appointed as clerks and wardens. Male and female teachers were also recruited from former students capable of guiding new intakes.

Male and female students were provided separate accommodation. Some cooked, while others bought food outside. Some female students were charged a monthly fee for food and lodging at Lebai Maadah’s house. Teachers were always around to guide these students.

Among the subjects taught in the Madrasah were Neurology, Arabic Gramar (Nahu), Islamic Jurisprundence (Fikh), Quranic Intonation (Tajwid), Quranic Commentaries, Origins of Hadith (Usul Hadith), Hadith Books, Al-Mudharabat, Sermons, Esoteric (Tasawwuf), Public speaking, English language, Recitation of Qur’an and many more. According to Haji Abd Aziz Yunus, Lebai Maadah was strict when teaching. He used to carry a cane while teaching. Every sentence taught had to be understood accurately. Students had to revise and memorised their lessons in their hostel at night. They would be then questioned the following day over what they had learned the day before. Whoever failed to answer correctly or staggered would be scolded. Once Ustaz Abdul Jalil was caned and that incident instilled fear among the students. Among the early students considered controversial in later years was Shamsiah Fakieh, one of the leaders of CPM which was banned.

The speciality in his methods was to teach the translation of Qur’an by sentence, which meant that it was translated verse by verse into Malay with its correct intonation. Haji Abdul Aziz claims that student were able to complete the course in 8 months. Estimated number of students was 180 on the last days before the war. He himself was doing part time jobs besides being a student and was in charge of clerical and warden duties.

Even though with his busy schedule managing the school in Pelangai and Bukit Tempurung, Lebai Maadah was able to give lectures and teach Islamic subjects to the locals. His abilities to dominate many languages managed to capture the attention of his audience and to draw them closer to him. 

Among his many books, some are listed as follows:
1. Kitab “Percubaan Tuhan” (Trials of God) talks about faith, 40 pages, Produced by The Teruna Press, Kuala Pilah, 1939 in Malay, English and Arabic.
2. “Urujul Akhwam” containing 100 pages, produced by The Teruna Press, Kuala Pilah. 1939.
3. “Persaudaraan” (Solidarity) produced by The Mutbah Al-Zainiah, Bukit Mertajam, 1939.
4. “Suluh Tengkek” (Tengkek Torch) containing 80 pages, which is a guidline to Islamic oratory. Produced by The Teruna Press, Kuala Pilah. 1939

Unfortunately, most of his books and literature written by him are not traceable after his death. Some villagers claimed that Lebai Maadah did leave a will to pass these books and literature to his former student, Ustaz Abdul Jalil, who was married to a daughter of a villager, since he was the only one capable of understanding Arabic without alphabetical markings. However the books were transferred to a relative, the father of his second wife, Imam Ayin (Ibrahim). The editor, as a child remembers this man in the house of his daughter, Hajjah Bedah Ibrahim, who was also his father’s uncle’s wife.

During the war, Lebai Maadah concentrated on his Madrasah in Bukit Tempurung. His determined desire to teach was praised by his students. Sometimes he even went to their houses to teach them directly. This was confirmed by Ustazah Hambiah Md Som who said that he came to her house to teach her while she was sick in bed after delivery. Lebai Maadah wanted her to be a learned leader of Muslim women.

Lebai Maadah bin Layang can be considered as one of the reforming figures of this country because he has proven within a period of 15 years after returning home that success can be achieved. These are some of his achievements:

1. He was the first figure to establish Islamic Schools or Madrasahs formally and systematically. Subjects taught in his schools covered a wide range of Islamic subjects and included the English language as additional subject.
2. His translation of Qur’anic verses by ‘harfiyah’ proves the effectiveness of his method to master Qur’anic knowledge in a short time.
3. He opened his schools to male and female students without differentiating between them. Students who got trained personally by him came from various places. With this exposure, his form of teaching spread throughout the country.
4. He is also considered to be a person who possessed an advanced vision through his ambition to establish a higher level of educational colleges similar to Darul Ulum in Asia.
5. His approach can be considered to be “reformists” in the sense that he introduced new approaches through the intake of male and fema

Posted at 10:49 am by lebai_kampung
Make a comment  

Saturday, August 26, 2017
Pemimpin Bebal Pengundi Sengal

Pemimpin Bebal Pengundi Sengal

 

Teringatkah kita kata Allahyarham pelakon Ibrahim Pendek dalam filem 40 penyamun? Bila dadu dilambung dia berkata ‘

 Image result for ibrahim pendek ali baba bujang lapok

“Mari kita tengok siapa yang kenaaaa”

 

Nah mutaakhir ini kita melihat kecelaruan dan haru biru yang melanda politik negara. POLITIK BUAH DADU jadi mainan. Pemimpin kerajaan lambung dan rakyat terkejar-kejar meneka laba. Akhirnya rakyat juga yang tertipu dihimpit pelbagai tekanan seperti kenaikan harga barang dan harga minyak petrol, nilai matawang ringgit yang merudum teruk, cukai GST yang dipaksa mengekori rakyat seolah-olah menyaksikan pemimpin negara sengaja ‘mendera’ rakyat’ dalam tradisi mereka dulu, kini dan selamanya.

Kenapa tidak? Bukankah itu pemainan mereka. Apabila sampai masanya dekat pilihanraya nanti kita tengok muka bodoh mereka memujuk rakyat, harga sawit dan getah naik setakuk, saham Felda diberi untuk membeli undi. Harga petrol turun mendadak. Masa itu kita tengoklah wajah orang tua kita tersenyum lebar dan mencium tangan korup pemimpin. Pemimpin kerajaan turun padang menyising kain mengharung banjir dan lumpur. Belia-belia malah lepasan siswa yang dikatakan generasi bijak pandai pun boleh bersama pemimpin bebal. Isu gejala rasuah yang berakar umbi oleh pemimpin politik dan kecilakaan angkara 1MDB tidak langsung mampu menyentuh matahati mereka.

Image result for isa samad felda

Isa: dah pakai baju harum manis pun masih senyum

Semua kesalahan dan kemungkaran kerajaan yang memerintah dilupakan. Tak percaya? Sebab tuan puan termasuk golongan itu kecuali tuan puan menanam semangat untuk mengubahnya.

 Pilihanraya Dah Dekat

Image result for shahrizat tengah suap orang tua

suap menyuap ni 5 tahun sekali

 

Dalam tempoh terdekat ini semua media massa pro BN memainkan peranan masing-masing sebab semboyan pilihanraya akan ditiupkan. Jejuak mula menyibukkan diri, yang pekak atau berkurap tertanya-tanya dan mengekor angin. Menunggu habuan yang akan ditaburkan. Bakal-bakal calon mula persiapkan diri. Kok yang lamo dah bercendawan dipandang lekeh oleh rakyat pun terhidu-hidu untuk menawan hati pengundi. Perbuatan mungkar seperti rasuah, membilang betina atau tabur janji tapi tak ditepati tidak diindahkan sebab meeka tahu sangat rakyat khasnya orang Melayu setia pada pemimpin. Orang kata kalau tunggul atau beruk yang diletakkan sebagai calon pun boleh menang.

Rakyat sehingga jauh di pendalaman tahu ekonomi sekarang sangat teruk. Harga getah dan sawit jatuh. Harga barang pula naik. Semua naik. pendapatan harian tak bertambah tetapi kos saraan hidup yang mencanak naik. Perbelanjaan persekolahan anak-anak tetap bertambah. Hatta harapan untuk melihat anak-anak yang sedang menuntut di menara gading nanti keluar dapat pekerjaan belum tentu berjaya. Ribuan pelajar universiti bersepah mencari pekerjaan. Hutang Mara dan PTPN perlu dibayar. Tak bayar di black list. Puluhan ribuan pekerja kilang dibuang kerja kerana kilang tidak untung.

Agaknya tuan puan tahu kerajaan sekarang berhempas pulas untuk menyakinkan rakyat bahawa kerajaan sekarang terus membela rakyat. Gejala rasuah, salahguna kuasa dan kebebalan pemimpin cuba dilindungi. Para pemimpin dan yang cerdik sedikit mula mencari ruang untuk membongkar kedurjanaan pihak lawan. Timbul sekarang istilah Buaya Tembaga ingin menyelamatkan rakyat dari cengkaman kuku Harimau saka. Pemimpin kerajaan diketuai oleh Najib diasak oleh orang tua yang dikatakan berjasa iaitu Mahathir. Dulu dia ini paling ganas dan kukunya sangat kasar. Anwar yang pernah di bawah dagunya pun dicakar dan dilondehkan sehingga menjadi penghuni setia rumah tak bertingkap di Sungai Buloh. Kini harimau tua itu sanggup menjadi kucing jantan tua untuk mengesel-gesel Anwar semula.

Image result for anwar mata lebam

Anwar : mereput dalam sel besi

Kemudian kapitan yang mudik dengan tongkang-tongkah cuba berlabuh di pelabuhan Melayu. Banyak barang dagangan dijual murah dan dedak kerbau pendek pun dipikul untuk diagihkan. Khadam-khadam mula mengikat kain dan ‘berlenging’ ( tak berbaju) sehingga nampak tompokan panau dan kurap keliling pinggang untuk memikul dedak murah. Inilah fenomena mutaakhir di depan mata. Masing-masing sibuk di pasaran hingga riuh rendah.

Baru-baru ini dalam media cetakan dan eletronik dikhabarkan harimau tua akan membuat pusingan ‘U’ bila buaya tembaga memainkan isu RCI BNM (rujuk bhnews@bh.com.my) dikatakan Pusingan U Dr Mahathir Mohamad untuk menyokong Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri, menunjukkan beliau panik dengan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian AS$10 bilion Bank Negara Malaysia (BNM).

Perdana Menteri, Najib Razak, berkata ia jelas kerana Dr Mahathir kini menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri selepas berusaha dengan pelbagai cara untuk menamatkan kerjaya politik bekas Timbalan Perdana Menteri itu selama 20 tahun.

Image result for mahathir iskandar kutty

Diktator sepanjang zaman

Katanya, tindakan Dr Mahathir itu termasuk menahan Anwar mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri yang kini dimansuhkan, mendakwa dan memenjarakan serta kempen memburukkan moral Anwar. Najib berkata sokongan Dr Mahathir itu juga bukan berkaitan dengan pilihan raya umum kerana beliau tahu Anwar tidak boleh bertanding pilihan raya mengikut undang-undang.

"Dr Mahathir tahu bahawa hasil siasatan RCI itu boleh membawa kepada pendakwaan jenayah, jadi beliau tidak boleh membiarkan individu penting kepada kes itu seperti Anwar memberi keterangan menentang beliau.

"Ironinya, Dr Mahathir memerlukan Anwar sekarang, individu yang beliau pecat dan penjarakan sama seperti beliau memerlukan Lim Kit Siang, yang juga beliau penjarakan kerana realitinya Kit Siang mengawal pembangkang kerana DAP memiliki kerusi paling banyak di Parlimen sedangkan parti Dr Mahathir hanya satu kerusi," katanya baru-bau ini.

Justeru, kata Najib, perjuangan Dr Mahathir bukanlah kerana kepentingan nasional, sebaliknya hanya untuk menyelamatkan legasi keluarga dan menjadikan anaknya, Datuk Seri Mukhriz, sebagai Perdana Menteri. Najib berkata Dr Mahathir tidak mempunyai prinsip dan akan melakukan apa saja termasuk bersekongkol dengan mereka yang pernah beliau penjarakan, mengundang campur tangan asing ke negara ini yang berdaulat, sabotaj ekonomi dan melakukan 100 kali pusingan 'U' untuk manipulasi pemikiran rakyat bagi mencapai matlamatnya.

Image result for najib lawak

Gigit jari

"Anwar mungkin terpedaya dengan tindakan ini, tetapi saya percaya rakyat tidak kerana hanya dengan satu kerusi Parlimen, Pengerusi (parti) Pribumi tidak boleh menentukan siapa jadi Perdana Menteri kerana ia amat tidak demokratik," katanya.

Perdana Menteri berkata Dr Mahathir desak Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan kini melakukan perkara sama terhadapnya dan mungkin pengganti beliau kelak tanpa peduli kesan kepada Malaysia.

"Kali ini kita tidak akan biarkan beliau (Dr Mahathir) berjaya kerana proses demokrasi akan terserlah dan kepentingan negara mengatasi kepentingan keluarga Dr Mahathir," katanya. Najib berkata kepentingan rakyat adalah segala-galanya dan kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi, sosial dan keselamatan rakyat.

Katanya, kepentingan rakyat perlu sentiasa diutamakan dan kerajaan akan menunaikan janji itu.

KETUA Pergerakan Wanita UMNO pula , Shahrizat Abdul Jalil yang pernah disabitkan isu Lembu kondo ketika sidang media selepas majlis pertemuan bersama Ketua Wanita UMNO di Menara Dato Onn, PWTC mendakwa sikap berdiam diri Lim Kit Siang berhubung kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) dalam urus niaga matawang (Forex) sebanyak AS$10 bilion ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri terus menjadi persoalan. Dulu apek tua ini yang menyalak sakan di parlimen.

 

Shahrizat Abdul Jalil, berkata Kit Siang sebelum ini begitu lantang meminta supaya satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat kerugian BNM tetapi kini Ketua Parlimen DAP itu 'menikus' selepas semakin mesra dengan Dr Mahahtir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

"Adakah Kit Siang takut jika beliau meneruskan desakan agar RCI ditubuhkan terhadap isi Forex ini maka agenda peribadi beliau mahu menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tergugat?

"Wanita UMNO mahu tahu adakah Kit Siang akan mendesak RCI ditubuhkan seperti yang diperjuangkan sebelum ini atau berdiam diri demi menjaga agenda politik beliau," katanya pada sidang media di Pejabat Wanita UMNO, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Bekas Penolong Gabenor BNM, Datuk Abdul Murad Khalid baru-baru ini mendedahkan BNM pernah mencatatkan kerugian AS$10 bilion (RM44 bilion) melalui kegiatan perdagangan matawang asing sepanjang 1991 hingga 1993 ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Kit Siang mula mendesak RCI ditubuhkan bagi menyiasat kerugian dicatat BNM itu selama 20 tahun sejak tahun 1993 tetapi mula berdiam diri apabila menjadi rapat dengan Dr Mahathir yang kini memilih berada dalam blok pembangkang. Dr Mahathir Mohamed berada dalam keadaan terdesak apabila menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

Setiausaha Agung Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub, berkata sokongan Dr Mahathir itu adalah satu usaha untuk meminta bantuan Anwar selepas penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian AS$10 bilion Bank Negara Malaysia (BNM).

"Dr Mahathir terpaksa memujuk hatinya dengan pertaruhan Anwar akan dapat membantunya dalam kes penyiasatan IRC mengenai skandal forex yang memungkinkan mengheret beliau dalam kes jenayah.

"Dr Mahathir tahu Anwar banyak tahu mengenai skandal itu. Dia tahu Anwar akan membongkar semua rahsia pembabitannya jika Anwar dipanggil sebagai saksi dalam siasatan itu," katanya melalui satu kenyataan.

Mustapha berkata, Dr Mahathir turut berharap Anwar akan memaafkannya atas semua kesalahannya, termasuk memecat Anwar dari UMNO, Timbalan Perdana Menteri selain memenjarakan Anwar.

"Soalnya, adakah Anwar dan keluarganya akan memaafkan Mahathir setelah sekian lama mereka menderita akibat perbuatan Mahathir?

"Veteran yakin tidak semudah itu Anwar boleh melupakan dan memaafkannya," katanya.

Beliau berkata, bekas Perdana Menteri itu seperti seorang yang sedang lemas di air sungai yang deras dan terpaksa bergayut walau kepada sehelai rumput kering.

"Kebenciannya dan dendamnya kepada Najib bercampur dengan ketakutannya terhadap tindakan Anwar menyebabkan dia membuat pusingan U untuk menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri," katanya.

Nah, itulah serangan ganas yang diasak kepada harimau tua itu. Libasan gerombolan buaya tembaga bukan main-main. Ada pihak yang mendakwa, isu Memali yang dibangkitkan sekarang adalah antara senjata untuk melumpuhkan Mahathir. Najib tahu orang tua itu menjadi banjingan ganas dalam peristiwa itu. Beliau ingin ‘membirikan Musa Hitam’ tetapi sebaliknya anak Pak Hitam itu yang pernah dikenali rakan sekutu Murdani ( panglima tentera Indonesia) yang terlibat dalam peristiwa Tanjung Periuk yang mengorbankan puluhan pendokong Islam, Musa dijangkakan ingin memerangkap Mahathir atau sememangnya dia terlalu brutal. Mereka sanggup menyaksikan darah orang kampung jatuh ke bumi. Jenazah yang dibunuh sanggup disepak terajang. Manusia apakah ini?

Zahid pula ingin membawa kes ini disegerakan. Musa Hitam individu yang terlibat langsung mohon kes ini dikemudiankan selepas pilihanraya. Adakah anda tidak nampak permainan dadu sekarang? Mahathir pastinya tertekan dan pihak Pas pula menunggu sabar. Apa tidaknya sudah lebih 30 tahun tragedi berlalu dan dipendamkan. Pihak Pas rasanya tidaklah terlonjak-lonjak gembira bila kes ini ingin dibicarakan semula kerana tragedi itu adalah mehnah dan tribulasi sepanjang perjuangan. Pas pernah mengalami pembunuhan ke atas ahlinya seperti di Lubuk Merbau. Perjuangan mereka semata-mata mencari keredhaan Allah. Tawaran Allah lebih diutamakan samada syahid atau beroleh kemenangan. Mereka yakin janji Tuhannya. Tanda-tanda kesyahidan rakan mereka di Memali sangat jelas. Malah ayam laga Pas yang telah berpindah tangan iaitu Mat Sabu tahu tentang itu. Darah dan keringat parah syuhada yang masih basah miskipun telah tersimpan beberapa hari sebelum di kebumikan. Siapa banjingan dan siapa pula jundullah.

Jesteru itu, berfikir dan bertindak bijaklah kita untuk mencaturi masa depan ummah. Tepuk dada tanya iman. Ini kalilah...

Al faqir.

 


Posted at 10:20 pm by lebai_kampung
Make a comment  

Tuesday, February 06, 2007
Ulama Negeri Sembilan

JEJAK  ULAMA DI NEGERI ADAT PERPATIH

Photo: Ulama Pembimbing Ummah

Koleksi biografi ulama dari Negeri Sembilan disusun bagi mengenang jasa-jasa tokoh tertentu dalam meninggikan syiar Islam di negeri ini. Penyusun ingin merakamkan jazakallahu khairan kathira khusus untuk Allahyarham Ust Nawawi Haji Indek yang terlebih dahulu berusaha menjejaki para alim ulama terdahulu dan Ust Haji Azraie Haji Omar  yang sudi menghulurkan tangan untuk membantu penyusun.  Semoga Allah memberikan ganjaran untuk semua yang terlibat dalam ekspidisi menjejaki waris atau maklumat ulama ini.

Para pembaca yang sempat melihat laman yang disediakan ini, diharapkan dapat memberi komen membina atau pembetulan maklumat bagi mengemaskinikan rencana ini. Sila hubungi penyusun di alamat
abu_afdhal@yahoo.com  Penyusun amat mengalu-alukan makluman dan sumbangan pembaca terutama yang mengetahui kisah-kisah alim ulama kita yang belum disentuh dalam koleksi ini. Koleksi ini memaparkan tokoh-tokoh tanpa mengambilkira aliran mereka, setiap mereka mempunyai peranan dalam syiar Islam di negeri ini.

Oleh kerana usaha ini adalah sumbangan ikhlas dari penyusun maka penyusun amat mengharapkan mana-mana pihak yang ingin memuat-turunkan atau menggunakan artikel ini agar dapat menyatakan laman web ini sebagai rujukan, ini bagi mengelakkan ''salah guna' dan memberi keadilan kepada penyusun dari sebarang penyibaran kisah/ riwayat yang tidak tepat.

Sebagai tanda hormat dan kemuliaan marilah kita hadiahkan  al fatehah untuk para ulama ini, Ustaz Nawawi Haji Indek, guru-guru, ibubapa, nenek moyang dan saudara-saudara kita yang telah mendahului kita. Khusus untuk Allahyarham bapa penyusun  dan kerabatnya. Alfatehah.

Peta Negeri Sembilan

Dato' Haji Tan Ahmad   ( JELEBU)  

Haji Jamaludin Idris ( LINGGI/ PORT DICKSON)

Syeikh Muhamad Said Al Linggi   ( SEREMBAN)

 Syeikh Abdullah Syeikh Mohd Said ( SEREMBAN)

Syeikh Haji Ahmad Syeikh Mohd Said     ( SEREMBAN)

 Lebai Abbas Zakaria (LINGGI/ PORT DICKSON)

Haji Mustaffa Haji Ahmad ( LINGGI / PORT DICKSON)

Dato' Haji Hasan Sail  ( SEREMBAN)

Tuan Tulis ( KUALA PILAH)

Haji Hassan Basir (KUALA PILAH)

Tuan Guru Haji Ali Silau ( SEREMBAN)

Haji Ahmad Zain Dagang ( KUALA PILAH)

Haji Abdul Majid Haji Ibrahim (KUALA PILAH)

Maulana Lebai Maadah (KUALA PILAH)

Haji Maarof Lenggeng ( SEREMBAN)

Haji Darun Ibrahim (KUALA PILAH)

Tok Guru Galau ( KUALA PILAH)

Haji Muhamad Mustaffa (JEMPOL)

Haji Muhamad Haji Itam  (REMBAU)

Haji Muhamad Haji Daud ( REMBAU)

Haji Dahat Muhamad Nor ( REMBAU)

Haji Abdul Ghani Nor (TAMPIN)

Haji Luna Haji Idris (JELEBU)

Haji Idris Dato' Udin (JELEBU)

Lebai Muhamaddiah Mohd Zain (JELEBU)

Syeikh Ahmad Jelebu (JELEBU)

Haji Ahmad Kepis ( KUALA PILAH)

Syeikh Ahmad al Baqir ( SEREMBAN)

Syeikh Ahmad Makhtum ( PORT DICKSON)

Ustaz Ghazali kadir ( SEREMBAN)

Tuan Guru Haji Ibrahim Bongek (REMBAU)

Haji Mohd Yatim Zainal Abidin (REMBAU)

Ustaz Ishak Mat Aris ( JELEBU)

Haji Abdul Majid Karim ( JEMPOL)

Ustaz Hashim A. Ghani( terbaharu) ( KUALA PILAH)

Dato' Abdullah Sijang ( terbaharu) PORT DICKSON

Sisipan:

Dr Hamka 

Ulama Nusantara

Syuhada Melayu

Kuliah Tasawuf online

Kitab Hikam Online

Bicarasufi

Soal jawab Agama- Indonesia

Mencari SHAMSIAH FAKEH

Tokoh Ulama

Islamonline- English

Nabi SAW dalam Kitab Hindu/ Buddha?

Sultan Mangkat Dijulang

ADAKAH ANDA BELUM MENYERTAI PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)?

KENAPA TIDAK BERSAMA MENYUMBANG TENAGA UNTUK PERJUANGAN ISLAM. DI BAWAH KEPIMPINAN ULAMA, PAS BERGERAK ATAS LANDASAN ISLAM. BERJUANG ATAS NAMA MELAYU BELUM TENTU MENJAMIN KEAMANAN DAN KEBAHGIAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT. UMNO TERNYATA MELAHIRKAN PEMIMPIN BANGSA KAKI RASUAH, KAKI MAKSIAT DAN MEMENTINGKAN PERIUK NASI. ITULAH BUDAYA SEBENAR UMNO. DULU, KINI DAN SELAMANYA..

http://ulamakito.blogdrive.com/

 

 

 


Posted at 10:50 am by lebai_kampung
Comments (2)